Monday, May 24, 2010

Bahasa / hukuman kawat

Kawat kaki pada asasnya terbahagi kepada 3 bahagian; iaitu kawat kaki statik, kawat kaki dinamik dan kawat formasi yang juga dikenali kawat senyap atau kawat hantu (dalam tentera). Untuk tujuan mengajar kawat kaki, eloklah dimulakan dengan kawat kaki statik, iaitu kawat yang belum melibatkan pergerakan berjalan.

Bagi tajuk-tajuk dalam kawat statik ialah :

1-sedia, senang diri dan rehatkan diri
2-berpusing ke kanan, kiri dan ke belakang
3-langkah sebelah
4-hentak kaki
5-buka dan tutup barisan
6-luruskan barisan
7-hormat

Bahasa Hukuman Kawat

1-sedia
"BARIS..BARIIIIS SEDIA !"

2-senang diri
"SENAAANG DIRI!"

3-rehatkan diri
"REHATKAAAN DIRI!"

4-berpusing ke kanan*
"BERGERAK KE KANAAAN, KE KANAAAN..PUSING!"

5-berpusing ke kiri**
"BERGERAK KE KIRIII, KE KIRIII..PUSING!"


6-berpusing ke belakang***
"BARIS AKAN MENGHADAP KE BELAKAANG, KE BELAKAAANG ..PUSING!"
*sekiranya platon (kumpulan) sedang menghadap ke arah anda (jurukawat).

Untuk menghadapkan semula platon ke hadapan, bahasa hukumannya : "BARIS AKAN MENGHADAP KE HADAPAN, KE KIRIIII..PUSING!"
**sekiranya platon (kumpulan) sedang menghadap ke arah anda (jurukawat).

Untuk menghadapkan semula platon ke hadapan, bahasa hukumannya : "BARIS AKAN MENGHADAP KE HADAPAN, KE KANAAAAN..PUSING!"
***sekiranya platon (kumpulan) sedang menghadap ke arah anda (jurukawat).

Untuk menghadapkan semula platon ke hadapan, bahasa hukumannya : "BARIS AKAN MENGHADAP KE HADAPAN, KE BELAKAAANG..PUSING!" [ Ingatan : Apabila berpusing ke belakang, hendaklah berpusing melalui sebelah kanan badan, walau ke arah mana pun platon anda sedang menghadap ]

7-langkah sebelah
"SATU/DUA/TIGA LANGKAAAH.. KE KANAAAAN/KIRIII..GERAK!"

8-hentak kaki
'HENTAK KAKIII..CEPAT!"
untuk menghentikan platon dari hentak kaki, bahasa hukumannya : "BARIIIS..HENTI!"

9-buka/tutup barisan
"BUKA/TUTUP BARISAAAN..GERAK!"

10-luruskan barisan
"KE KANAAAAN..LURUS!" apabila semua anggota dalam platon telah siap melakukan pergerakan meluruskan barisan, berikan pula bahasa hukuman kawat "PANDAAAANG..DEPAN!"

11-hormat ke hadapan
"HORMAT, HORMAT KE HADAPAAAN..HORMAT!"

Sejarah TKRS

Kadet Remaja Sekolah telah diasaskan penubuhannya oleh Ustaz Mohd. Thani bin Sha'ban dari SMK Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987. Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan berunifom kepada Persatuan Pelajar-pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya seramai 20 orang terdiri daripada pelajar tingkatan satu dan dua.
Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang berilmu, beriman dan beramal selain mempunyai akhlak yang mulia, bersemangat patriotik dan berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah Wawasan 2020.
Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan Islam sebagai cara hidup ( ad-Deen ).
Mulai 1989, beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mula menubuhkan KPIM. Di antaranya SM. Taman Tun Dr. Ismail di bawah pimpinan Ustaz Ahmad Farazila Abdul Ghani, SM Seri Titiwangsa dipimpin oleh Encik Anuar bin Abdul Aziz dan SMA Maahad Hamidiah, Kajang, Selangor dipimpin oleh Encik Abu Hassan Morad.
Pada 1993, sebanyak 53 buah sekolah dari seluruh negara telah menubuhkan KPIM.
Usaha menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah KPM telah dimulakan pada 10 Ogos 1993. Satu pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia Datuk Dr. Wan Mohd Zahid bin Wan Mohd Nordin, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993. Di dalam pertemuan ini, tesis mengenai KPIM telah dibentangkan dan hasilnya, satu jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet. Jawatankuasa ini mencadangkan agar pasukan ini diberi nama Kadet Putera-Puteri Islam (KPIM). Walaubagaimanapun, nama pasukan ini kemudiannya ditukar kepada Kadet Remaja Islam (KRIS).
Sementara itu, taklimat dan pendedahan kepada pengarah-pengarah Bahagian Kementerian Pendidikan yang diadakan pada Oktober 1993 dan dipengerusikan oleh Y Bhg Datuk Dr Wan Mohd Zahid telah membuat keputusan agar nama pasukan ini ditukar kepada Kadet Remaja Sekolah (KRS) yang bertujuan agar keahliannya terbuka kepada semua kaum dan jantina.
Upacara pelancaran KRS peringkat kebangsaan telah dilaksanakan pada 20 Jun 1995 bersamaan 21 Muharram 1416 oleh Yang Berhormat Dato' Seri Mohd. Najib bin Tun Hj. Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia di SMK Raja Abdullah.

2010 Senarai Ahli Jawatankuasa TKRS

Pengerusi : Liew Xinyen (4M)

Naib Pengerusi : Lim Soo Min (5M)

Setiausaha : Tan Jia Yu (4M)

Bendahari : Oh Jia Pang (4M)

Ahli Jawatankuasa : 1. Oh Siau Hui (5M)

2. Ng Cin Siang (4M)

3. Tan Ming Xuan (4M)

4. Loo Hui Qin (5M)

Guru Penasihat

1. En. Wong Chin Hwa
2. Pn. Nirwati Mohamad Badwyi


Penyelia

1. Pn. Teo Siw Luan
2. Pn. Tang Chew Ha